Wanita Dan Mawar Berduri

August 29th, 2008

“Sekadar Ingin Berkongsi Dengan Insan Yg Bergelar Wanita Di Luar Sana, Kalau Tak Setuju…Terpulang”

Seindah Mawar Berduri

Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami…

(”,) Amiin (”,)

Terima Kasih Kepada Yg Memberi

Aku Memang Sayang Dia

August 29th, 2008

Saya suka tengok jari awek saya…
Cantik betul… Sungguh!
Sampai takut nak pegang…
Bukan takut patah…
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang pasti dtg
di hadapan yang maha Esa…

Saya suka tengok rambut awek saya…
Cantik betol… Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung…
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak….
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang pasti dtg

Saya suka tengok body awek saya…
Cantik betol… Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh.. syoknye…

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya…
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa…
Semoga lebih cintakan Nya dari saya…

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya…
“Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla” katenya…
Tapi bila tengok movie sama-sama, burn asar dan maghrib gitu je
Saya tak kata satu aper pun…
Berdosanye saya….

Kesimpulannya saya memang sayang dia…
Nak jumper die bagai nak gile…
Saye mmg nak sgt selalu di sisi dia!…
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama…
Bahagia selamanya…
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti…
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni…
Semoga kami menginsafi diri…
Ya Allah ampunkanlah kami….
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti

Semoga same2 la kite menjadi spt ayat-ayat keramat di atas..

Atas ehsan…Apai

NameWee-Kontroversi Negarakuku

August 21st, 2007

Mari Kita Sorot Sebentar Antara Ungkapan Bekas Pemimpin Terdahulu :

” Kita Harus Melihat Kepada Bahagian Di Dalam Syor
Suruhanjaya Reid Yang Melebihi Dari Apa Yang Kita Minta Dengan
Mengambil Peringatan Bahawa Sifat Tamak Boleh Membutakan Kita Dari
Kebenaran Dan Juga Hak Orang Lain.. Jika Tidak Kita Akan Mengorbankan
Perkara Yang Penting Untuk Mendapat Keuntungan Yang Sedikit. Adalah
Malang Jika Perikatan Ini (Kini Barisan Nasional) Dicemari Dengan Sifat
Tamak. ”

- Tan Cheng Lock (2 Mei 1957)

” Komposisi Kaum Di Dalam Negara Ini Ialah Semua Kaum
Merupakan Majoriti. Oleh Itu, Semua Kaum Juga Adalah Minoriti. Ini
Boleh Menjadi Kekuatan Dan Juga Kelemahan Sesebuah Negara. Ia Merupakan
Kekuatan Kerana Setiap Kaum Saling Memerlukan Dan Bergantungan Di
Antara Satu Sama Lain. Tetapi Ia Juga Boleh Menjadi Kelemahan Oleh
Kerana Perasaan Bimbang Dan Prasangka Di Antara Satu Sama Lain. ”

- VT Sambanthan (12 Julai 1957)

” Di Bawah Perubahan Di Dalam Perlembagaan Baru, Kita
Bersedia Untuk Berkongsi Hak-Hak Kita Dengan Bangsa Lain Yang Telah
Menunjukkan Taat Setia Terhadap Tanahair Ini Asalkan Ia Tidak Melampau..
.. Tiada Siapa Pun Perlu Merasa Bimbang Terhadap Masa Depan Masing-Masing Di Dalam Tanah Melayu Yang Merdeka. ”

- Tunku Abdul Rahman (28 Mac 1957)

Aku rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapatku. Mungkin ringkas dan tidak memberi sebarang makna tapi…Biarlah..

Apa yang korang rasa setelah mengetahui cerita ni…Mungkin dari televisyen, radio, akhbar2 tempatan atau korang sendiri sudah mendengar lagunya?

Inikah Malaysia lahirkan setelah 50 tahun merdeka?Aku sebagai rakyat yang mungkin setahun jagung untuk memahami erti perit jerih pengorbanan datuk nenek rasa sakit hati bila dengar lagu tu…Ingat lagu ni macam lagu rakyat ape…

Aku harap Kerajaan Malaysia tak tutup mata dalam hal ni…Aku bersyukur kerana aku dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa sambil menghirup teh o panas di negara sendiri…

Sebelum Tido Tanyalah Dalam Diri Korang…”Kenapa Saya Suka Rumah Saya??” “Sebab Dia …….”

Inspirasi….http://qaiyum.net/?p=13

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis

August 20th, 2007

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada
kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah
yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari
pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah
selama ini…..

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan
hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia
Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga
laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk
menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran)
bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct
1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5
pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat
dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk
menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu
mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam
pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat
juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…

1512:
Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke
Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran
tebu untuk gula rantau ini,…

Feb 1512:Alfonso menghantar
perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan
bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi
sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

FEB
1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada
Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al
fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2:
Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah,
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan
hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan
P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan…antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana…..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat
ngeri……ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

Thanks To….http://gelihati.blogspot.com/

Surat rasmi - Cara minta kawin lagi..

August 19th, 2007

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2.
Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi
satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan
setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan
di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di
dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang
sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan
poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu
permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan
permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit
pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah
hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan
kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak
ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin
puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah
bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian
besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar
menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan
lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati
faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati
apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat
dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti
rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga.
Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana
dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada
hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala
kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.
Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,
pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan
pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi
meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika
kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10
tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan
menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas
kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali
ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh
saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini
dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak
ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

“…Nakkan seseorang….”

June 12th, 2007

"…Nakkan seseorang tak semestinya kita dapat,
"…Dah dapat tak semestinya kita punya,
"…Dah kita punya tak semestinya akan bersama.
"…Dah bersama tak semestinya akan kekal selamanya.."

Tapi segalanya tak kan mustahil seandainya jodoh itu milik kita…

Perjuangan Belum Selesai

June 7th, 2007
Sesungguhnya tidak ada yang
lebih menyayatkan


dari melihat bangsaku dijajah


Tidak ada yang lebih menyedihkan


dari membiarkan bangsaku dihina



Air mata tiada ertinya


sejarah silam tiada maknanya


sekiranya bangsa tercinta terpinggir


dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan


bagi menegakkan kemuliaan


dan darjat bangsa


selangkah beerti mara


mengharung sejuta dugaan



Biarkan bertatih


asalkan langkah itu yakin dan cermat


bagi memastikan negara


merdeka dan bangsa terpelihara


air mata sengsara


mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita



Tugas kita bukan kecil


kerana mengisi kemrdekaan


rupanya lebih sukar dari bermandi


keringat dan darah menuntutnya



Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan


kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,


mengangguk dan membenarkan,


kerana sekalipun bangganya negara


kerana makmur dan mewahnya,


bangsaku masih melata


dan meminta-minta di negaranya sendiri



Bukan kecil tugas kita


meneruskan perjuangan kemerdekaan kita


kerana rupanya selain memerdekakan,


mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara



Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya


bukankah sejak zaman berzaman


mereka menjadi pelaut, pengembara


malah penakluk terkemuka?


Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,


menjadi pedagang dan peniaga



selain menjadi ulama dan


ilmuan terbilang?


Bukankah bangsaku pernah mengharung


samudera menjajah dunia yang tak dikenal


Bukankah mereka pernah menjadi


wira serantau yang tidak mengenal


erti takut dan kematian?


Di manakah silapnya hingga bangsaku


berasa begitu kecil dan rendah diri?


Apakah angkara penjajah?


Lalu bangsaku mulai


melupakan kegemilangan silam


dan sejarah gemilang membina empayar



Tugas kita belum selesai rupanya


bagi memartabat dan


memuliakan bangsa


kerana hanya bangsa yang berjaya


akan sentiasa dihormati



Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita


bukan sekadar memerdeka dan mengisinya


tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan


buat selama-lamanya



Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku


kerana masa depan belum tentu


menjanjikan syurga


bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa



Perjuangan kita belum selesai


kerana hanya yang cekal dan tabah


dapat membina mercu tand
a

bangsanya yang berjaya

MELAYU-Usman Awang

June 7th, 2007

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya
bersulam jenaka

Budi
bahasanya tidak terkira

Kurang
ajarnya tetap santun

Jika menipu
pun masih bersopan

Bila
mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu
berani jika bersalah

Kecut takut
kerana benar,

Janji simpan
di perut

Selalu pecah
di mulut,

Biar mati
adat

Jangan mati
anak.

 

Melayu di
tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu
Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar
juga disebut Melayu, Minangkabau

memang
Melayu,

Keturunan
Acheh adalah Melayu,

Jakun dan
Sakai asli Melayu,

Arab dan
Pakistani, semua Melayu

Mamak dan
Malbari serap ke Melayu

Malah
mua’alaf bertakrif Melayu

(Setelah
disunat anunya itu)

Dalam
sejarahnya

Melayu
itu pengembara lautan

Melorongkan
jalur sejarah zaman

Begitu
luas daerah sempadan

Sayangnya
kini segala kehilangan

Melayu
itu kaya falsafahnya

Kias kata
bidal pusaka

Akar budi
bersulamkan daya

Gedung
akal laut bicara

Malangnya
Melayu itu kuat bersorak

Terlalu
ghairah pesta temasya

Sedangkan
kampung telah tergadai

Sawah
sejalur tinggal sejengkal

tanah
sebidang mudah terjual

Meski
telah memiliki telaga

Tangan
masih memegang tali

Sedang
orang mencapai timba.

Berbuahlah
pisang tiga kali

Melayu
itu masih bermimpi

Walaupun
sudah mengenal universiti

Masih
berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi
cara Melayu

Menikam
dengan pantun

Menyanggah
dengan senyum

Marahnya
dengan diam

Merendah
bukan menyembah

Meninggi
bukan melonjak.

Watak
Melayu menolak permusuhan

Setia dan
sabar tiada sempadan

Tapi jika
marah tak nampak telinga

Musuh
dicari ke lubang cacing

Tak dapat
tanduk telinga dijinjing

Maruah
dan agama dihina jangan

Hebat
amuknya tak kenal lawan

Berdamai
cara Melayu indah sekali

Silaturrahim
hati yang murni

Maaf
diungkap senantiasa bersahut

Tangan
diulur sentiasa bersambut

Luka pun
tidak lagi berparut

Baiknya
hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi
yang ada sanggup diberikan

Sehingga
tercipta sebuah kiasan:

   
"Dagang lalu nasi ditanakkan

   
Suami pulang lapar tak makan

   
Kera di hutan disusu-susukan

   
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah
Melayu abad dua puluh satu

Masihkan
tunduk tersipu-sipu?

Jangan
takut melanggar pantang

Jika
pantang menghalang kemajuan;

Jangan
segan menentang larangan

Jika
yakin kepada kebenaran;

Jangan
malu mengucapkan keyakinan

Jika
percaya kepada keadilan.

Jadilah
bangsa yang bijaksana

Memegang
tali memegang timba

Memiliki
ekonomi mencipta budaya

Menjadi
tuan di negara Merdeka

Melayu Kita

June 5th, 2007

Ahli Fiqir - Kalau Melayu … Memang Melayu

Kita Menari Keluar Bilik
Sembarang Tari Hai Kita Tarikan
Kita Menyanyi Adik Beradik
Sebarang Nyanyi Hai Kita Nyanyikan

Chorus :

Kalau Melayu Dia Seloka
Kalau Melayu Dia Bermadah
Kalau Melayu Manis Bicara
Kalau Melayu Halus Bahasa

Murkamu Harimau Kamu
Beta Batu Kepala Kamu
Kena Kena Bagai Santan Bergula
Kalau Tak Kena Akan Pukul Kepala

Berhati-Hati Bila Berkata
Nilainya Diri Dihujung Lidah
Sebab Pulut Santan Binasa
Kerana Mulut Badan Binasa

Melukis Seri Bahasa Kita
Menegur Tak Menyinggung
Menyindir Santan Berlada
Lemak Pun Lemak
Pedas Terasa
Di Dalam Marah
Madah Seloka
Itulah Cara Orang Kita

Ikut Cakap Orang Dulu
Susun Susun Satu Satu
Bila Bicara Fikir Dahulu
Menepis Dia
Senyum Dan Silu                           
Tegur Dia                           
Tegur Berlagu                           
Jangan Ikut
Tempat Dan Waktu                        
Marah Dia                           
Seloka Lucu                           
Kata Hempedu                            
Menjadi Madu

Chorus

Apa Celaka Nusa Ku ini
Dahulu Banjir Kini Kemarau
Apa Celanya Bangsaku Ini
Dulu Terpinggir Kini Terhalau

Kalau Kucing Dia Berdengkur
Kalau Anjing Dia Menyalak
Kalau Ular Dia Berkecur
Kalau Itik Dia Mengaka
Kalau Guruh Dia Berdentum
Kalau Badai Dia Menderu
Kalau Daun Dia Berdesir
Kalau Bayu Dia Mendayu

Memang Melayu Dia Seloka
Memang Melayu Dia Bermadah
Memang Melayu Manis Bicara
Memang Melayu Baik Bahasa
Menikam Cara Berpantun
Meninggi Tak Menyombong
Ayun Beralun Indah Terhimpun
Kurang Ajarnya Pun Tetap Bersantun

Chorus

Buah Cempedak Di Luar Pagar
Ambillah Galah Hati Tolong Jolokkan
Kamilah Budak Baru Belajar
Kalaulah Salah Hai Tolong Tunjukkan

*Betapa Indahnya Adat dan Adab Orang Melayu Kita…Sama2 la Kita Renungkan*

Sg Pahang : Berakit dan Kehidupan

June 4th, 2007

Pada 30/5 sampai 1/6 aku telah menyertai XPDC Berakit Perdana MAhasisw yang telah dinjurkan oleh KPT sempena Pekan Fest….seluruh IPTA/S telah menyertai program ni. Actually ktorang ni adalah pasukan cekup je sebab sehari sebelm pergi ktorg baru tulis nama nak join…hehehe…so segala persiapan memang la x sempurna.

Selama 3 hari aku kat sana menghayati keindahan sungai pahang yang merupakan sg terpanjang di semenanjung…ye ke?aku pun lupa da…aku start brakit pada hari khamis bermula di SK Pulau MAnis…sape duk Pekan tau kot…sejauh 11 KM ktorng terpaksa berakit dan brkayak pada hari pertama…hari kedua plak sejauh 22 KM…2 kali ganda perjalanan hari pertama…panas tu memang xyah ditanya lah sbb memang panas terik waktu tu…dah la tgh sungai…so peserta UKM seramai 7orang memang hitam terbakar…aku ngan member aku Palie naik kayak dan yang lain naik rakit.

Sebenarnya kat sini aku nak certa kaitan antara XPDC kami di Sg Pahang dan kehidupan seharian kita. Aku terfikir benda ni time tengah khusyuk mendayung kayak…

Sg Pahang boleh la diibaratkan sebagai perjalanan hidup kita sebagai manusia. Kita ni sebagai peserta adalah manusia dan rakit serta kayak adalah kemudahan yang telah diberikan oleh yang Esa.
Sejauh 33 KM Sg Pahang yang perlu aku tempuhi…aku ingatkan senang la sbb setakat sungai je..arus pun perlahan je…rupanya bukan seperti yang ku jangkakan..Sg Pahang banyak halangan terutama pokok2 mati yang tumbang dan menghalang prjalanan rakit…Sg Pahang gak banyak pulau2 yang menjadikan banyak laluan kepada kami….Target kami ialah sampai ke Pekan Fest pada hari kedua dan ini boleh dianggapkan sebagai matlamat kita…terpulang kepada korang untuk meletakkan matlamat yang boleh diibaratkan sebagai destinasi untuk kejayaan…Mungkin Matlamat dalam pelajaran, kehidupan. percintaan, pekerjaan dan macam2 lagi…

Semasa berakit tu, kami terpaksa mengelak dari halangan tersebut.kekadang kami terpaksa cross sg dari kiri ke kanan untuk mendapatkan jalan mudah…kami juga terpaksa mencari arus air untuk membantu rakit…kalau xde rakit, kami terpaksa mendayung dan aku yang duduk kat kayak terpaksa menolak dan menunda rakit…
Dan pengalaman aku sepanjang berkayak kat Sg Pahang, kayak aku telah terbalik dan aku terjatuh di tengah2 sungai…Alhamdulillah umur ku masih dipanjangkan. Ini lah dugaan yang aku terpaksa tempuhi…sama gak dalam kehidupan aku…jika tak berhati hati mungkin aku akan jatuh…tapi aku kena cekalkan hati agar dapat teruskan perjalanan untuk capai matlamat yang telah tersedia.

Pokok yang tumbang tu bole la diibaratkan sebagai halangan dalam hidup kita ni…pandai2 la nak elak…kekadang kita tau ada halangan kat depan kita tapi kita tetap degil nak rempuh gak.. maka bayangka la kalau rakit pecah ditengah Sungai Pahang…seram wei.

Pastu ada plak kawasan yang cetek dan arus laju…benda ni dapat la bantu rakit untuk lebih laju…benda ni plak korang leh la anggap cam bantuan dari sekeliling untuk memudahkan kita mencapai matlamat kita.

Sepanjang 2 hari tu ktorang ada berhenti untuk berehat setelah penat mendayung..benda ni same je macam kita. kalau kita penat untuk mengejar impian, kita kena berehat sekejap…bwat post motem dan muhasabah diri. fikirkan cara lain yang dapat memudahkan kita plak. Dah puas rehat baru kita teruskan perjalanan kita dengan lebih berhati hati..

Sepanjang 2 hari aku join Xpdc ni, macam prkara aku lalui…pengalaman ini aku kaitkan dengan kehidupan aku sebagai manusia, sebagai anak, sebagai mahasiswa dan sebagai insan yang ingin dewasa dan ingin kenal erti kehidupan..benda2 ni semua aku akan ingat da kalau boleh aku nak kongsi ngan kekwan…

Aku dah banyak join program lasak2 cam panjat gunung dan sebagainya tapi baru sekarang aku terfikir kaitan benda ni semua ngan kehidupan aku…Moga aku lebih tabah untuk menruskan hidup…aku sedar, semakin jauh aku melangkah, semakin banyak dugaan dan cabaran terutama insan2 yang rapat dengan kita. semoga aku matang dengan semua ini.

Ku sekadar nak kongsi pengalaman aku…hope benda ni jadi ilmu yang aku sampaikan…mayb aku akan bercerita lg tentang ni semua.Adios