MELAYU-Usman Awang

June 7th, 2007

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya
bersulam jenaka

Budi
bahasanya tidak terkira

Kurang
ajarnya tetap santun

Jika menipu
pun masih bersopan

Bila
mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu
berani jika bersalah

Kecut takut
kerana benar,

Janji simpan
di perut

Selalu pecah
di mulut,

Biar mati
adat

Jangan mati
anak.

 

Melayu di
tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu
Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar
juga disebut Melayu, Minangkabau

memang
Melayu,

Keturunan
Acheh adalah Melayu,

Jakun dan
Sakai asli Melayu,

Arab dan
Pakistani, semua Melayu

Mamak dan
Malbari serap ke Melayu

Malah
mua’alaf bertakrif Melayu

(Setelah
disunat anunya itu)

Dalam
sejarahnya

Melayu
itu pengembara lautan

Melorongkan
jalur sejarah zaman

Begitu
luas daerah sempadan

Sayangnya
kini segala kehilangan

Melayu
itu kaya falsafahnya

Kias kata
bidal pusaka

Akar budi
bersulamkan daya

Gedung
akal laut bicara

Malangnya
Melayu itu kuat bersorak

Terlalu
ghairah pesta temasya

Sedangkan
kampung telah tergadai

Sawah
sejalur tinggal sejengkal

tanah
sebidang mudah terjual

Meski
telah memiliki telaga

Tangan
masih memegang tali

Sedang
orang mencapai timba.

Berbuahlah
pisang tiga kali

Melayu
itu masih bermimpi

Walaupun
sudah mengenal universiti

Masih
berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi
cara Melayu

Menikam
dengan pantun

Menyanggah
dengan senyum

Marahnya
dengan diam

Merendah
bukan menyembah

Meninggi
bukan melonjak.

Watak
Melayu menolak permusuhan

Setia dan
sabar tiada sempadan

Tapi jika
marah tak nampak telinga

Musuh
dicari ke lubang cacing

Tak dapat
tanduk telinga dijinjing

Maruah
dan agama dihina jangan

Hebat
amuknya tak kenal lawan

Berdamai
cara Melayu indah sekali

Silaturrahim
hati yang murni

Maaf
diungkap senantiasa bersahut

Tangan
diulur sentiasa bersambut

Luka pun
tidak lagi berparut

Baiknya
hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi
yang ada sanggup diberikan

Sehingga
tercipta sebuah kiasan:

   
"Dagang lalu nasi ditanakkan

   
Suami pulang lapar tak makan

   
Kera di hutan disusu-susukan

   
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah
Melayu abad dua puluh satu

Masihkan
tunduk tersipu-sipu?

Jangan
takut melanggar pantang

Jika
pantang menghalang kemajuan;

Jangan
segan menentang larangan

Jika
yakin kepada kebenaran;

Jangan
malu mengucapkan keyakinan

Jika
percaya kepada keadilan.

Jadilah
bangsa yang bijaksana

Memegang
tali memegang timba

Memiliki
ekonomi mencipta budaya

Menjadi
tuan di negara Merdeka




One Response to “MELAYU-Usman Awang”

  1.   noraiza on August 6, 2008 1:18 am

    Perjuangan belum selesai…
    Manisnye bila kita tahu makna perjuangan sebenar mengisi kemerdekaan ini..
    Bukan sesuatu yang mudah untuk terus bertahan dalam perjuangan…namun siapa lagi kalu bukan kita???
    Teruskan sahabat-sahabatku….

Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind